Skip reservation widget

Find a Hotel

Where are you going?

 
 

*Best Price Guarantee
Rooms Adults (18+) Children
Room 2:
Room 3:
Room 4:
Room 5:
Room 6:
Room 7:
Room 8:
Room 9:

| More Options Less Options
Special Rates
Find it 

* ID required at check-in

Close
Close Form

Contact us

Call 1-800-HHONORS (+1-800-446-6677) 24 hours a day, 7 days for hotel reservations or any questions you may have. For international telephone numbers, click 'Get Support' below.

Get Support

Pernyataan Hilton Worldwide, Inc. Berhubung Kuki dan Teknologi Lain

Logos of all Hilton Worldwide Brands

Terakhir Dikemas Kini: Jun 2016

Tarikh Efektif: 1 Ogos 2016         

Pernyataan Berhubung Kuki dan Teknologi Lain ("Pernyataan" ini) menerangkan pelbagai jenis Kuki dan Teknologi Lain yang mungkin digunakan berkaitan dengan laman web dan aplikasi ("Laman") yang dimiliki dan dikawal oleh Hilton Worldwide, Inc. ("Hilton," "kami," atau "kita"). Pernyataan ini juga menerangkan bagaimana anda boleh menguruskan Kuki dan Teknologi Lain.

Kami boleh mengubah Pernyataan ini pada bila-bila masa. Sila lihat bahagian "Terakhir Dikemas Kini" di bahagian atas halaman ini bagi melihat bila Pernyataan ini terakhir dipinda. Sebarang perubahan dalam Pernyataan ini akan menjadi efektif apabila kami menjadikan Pernyataan yang dipinda tersedia di atau melalui Laman.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, sila hubungi kami melalui e-mel di customer_privacy@hilton.com atau dengan menghantarkan surat ke Hilton Customer Privacy Department, 7930 Jones Branch Drive, McLean, VA 22102, USA.

Klik pada salah satu daripada pautan di bawah untuk terus ke bahagian yang tertentu:

Pengumpulan dan Penggunaan Maklumat Lain

Seperti kebanyakan laman web lain, Laman kami mungkin menggunakan "Kuki" atau Teknologi Lain" (seperti "tag piksel," "laman isyarat," "GIF jelas", pautan dalam e-mel, JavaScript, peranti ID yang ditetapkan oleh Google atau Apple, atau teknologi yang sama). Kuki dan Teknologi Lain membenarkan kami dan pihak ketiga untuk memperoleh maklumat mengenai lawatan anda ke Laman, termasuk untuk menganalisis corak lawatan anda. Kami menggunakan maklumat ini untuk memproses tempahan atau permintaan anda dan menghantar pengiklanan, mesej dan kandungan dalam talian serta mudah alih kepada kami dan orang lain yang khusus mengikut minat anda.

Kuki ialah fail teks kecil yang disimpan di komputer atau peranti mudah alih ("peranti") anda apabila anda melawat laman web. Kuki sahaja tidak boleh digunakan untuk mendedahkan identiti anda kepada kami, walaupun dalam sesetengah kes kami mungkin mengaitkan Kuki Hilton atau pihak ketiga dengan maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami atau yang kami perolehi mengenai anda. Kuki mungkin digunakan di Laman bagi menambah baik pengalaman anda. Sebagai contoh kami akan menggunakan Kuki untuk:

  • Mengingat nama pengguna dan kata laluan anda untuk lawatan akan datang agar log masuk menjadi lebih mudah dan pantas;
  • Mengingat bahasa dan keutamaan anda yang lain;
  • Memastikan anda mendapat semua maklumat yang diminta;
  • Menyediakan perkhidmatan yang selamat dan terjamin untuk transaksi dalam talian;
  • Menjejak respons anda kepada pengiklanan dan laman web atau kandungan aplikasi untuk analisis dan bilangan kali iklan yang sama yang kami hantar kepada anda; 
  • Mengukur berapa ramai orang menggunakan Laman, dan bagaimana mereka menggunakannya, agar kami dapat memastikan ia berjalan dengan laju dan cekap; dan
  • Membantu kami dan pihak lain menyampaikan komunikasi dan kandungan yang relevan dan responsif dengan minat dan lokasi anda.

Di bawah ini kami terangkan pelbagai jenis Kuki yang mungkin digunakan di Laman ini.

  • Kuki Penting.  Kuki Penting diperlukan untuk Laman berfungsi dengan baik dan membolehkan anda melayari laman dan menggunakan perkhidmatan serta ciri-cirinya. Menyahdayakan Kuki ini mungkin menyebabkan perkhidmatan dan ciri-ciri tidak boleh didapati.
  • Kuki Fungsian. Kami menggunakan Kuki Fungsian bagi menyimpan tetapan anda di Laman-tetapan seperti bahasa pilihan anda, atau maklumat tempahan yang anda gunakan sebelumnya apabila membuat tempahan hotel dengan kami. Kami juga menggunakan Kuki Fungsian bagi menyimpan maklumat seperti hotel yang anda cari sebelumnya, agar anda boleh mencarinya dengan mudah pada lawatan yang seterusnya. Sesetengah Kuki Fungsian penting untuk melihat peta atau video di Laman kami. Kami juga menggunakan "Kuki Flash" untuk sesetengah kandungan beranimasi kami.
  • Kuki Sesi. Kuki jenis ini disimpan buat sementara sahaja semasa sesi pelayaran dan dipadam dari peranti anda apabila anda menutup pelayar. Kami menggunakan Kuki Sesi bagi menyokong fungsi Laman dan bagi memahami penggunaan Laman anda iaitu, halaman mana yang anda lawati, pautan mana yang anda gunakan dan berapa lama anda berada di setiap halaman.
  • Kuki Tegar: Kuki jenis ini tidak dipadam apabila anda menutup pelayar, tetapi disimpan di peranti anda untuk satu tempoh yang tetap atau sehingga anda memadamnya. Setiap kali anda melawat Laman, pelayan yang menetapkan Kuki akan mengecam Kuki tegar yang disimpan di peranti anda. Kami dan pihak lain menggunakan Kuki tegar bagi menyimpan keutamaan anda agar ia tersedia untuk lawatan anda yang seterusnya, bagi mengira dengan lebih tepat berapa kerap anda melawat Laman, berapa kerap anda melawat semula, bagaimana penggunaan Laman oleh anda mungkin berbeza dari semasa ke semasa dan keberkesanan usaha pengiklanan.
  • Kuki Iklan membolehkan kami dan pengiklan lain menunjukkan anda produk, tawaran dan iklan yang paling relevan di Laman dan laman pihak ketiga, atau melalui e-mel atau platform mesej lain. Sebagai contoh, sesetengah Kuki Iklan membantu pembekal perkhidmatan kami serta pengiklan lain memilih iklan berdasarkan pada minat anda termasuk yang diluahkan atau disimpulkan dengan lawatan di laman web atau aplikasi kami atau merentasi laman web lain, perkhidmatan dalam talian dan aplikasi dari semasa ke semasa. Kuki lain membantu menghalang iklan yang sama daripada terus muncul di paparan anda. Kuki jenis ini juga membantu kami memberi anda kandungan di Laman yang disesuaikan dengan minat dan keperluan anda.

Seperti yang dinyatakan di bawah, sesetengah Kuki Analitik dan Teknologi Lain digunakan sebahagiannya untuk memudahkan pengiklanan.

  • Kuki Iklan juga termasuk Kuki Pemalam Sosial. Kuki Pemalam Sosial digunakan untuk mengongsikan kandungan dari Laman dengan ahli dan bukan ahli rangkaian media sosial seperti Facebook, Twitter, YouTube dan Pinterest. Kuki ini biasanya ditetapkan oleh pembekal rangkaian sosial. Ia mendayakan perkongsian sedemikian agar lancar dan tertib.
  • Kuki Analitik mengumpulkan maklumat tentang penggunaan Laman anda dan membolehkan kami menambah baik cara ia berfungsi. Kuki ini memberikan kami jumlah maklumat yang digunakan untuk memantau prestasi laman, bilangan lawatan halaman, mengesan kesalahan teknikal, melihat cara pengguna mencapai Laman, dan mengukur keberkesanan pengiklanan (termasuk e-mel yang kami hantar kepada anda). 
  • Teknologi Lain mungkin juga digunakan untuk tujuan yang sama seperti Kuki kami, membolehkan kami dan pihak ketiga mengetahui masa anda melawat Laman dan bagi memahami cara anda berinteraksi dengan e-mel atau iklan. Melalui Teknologi Lain, maklumat bukan peribadi (iaitu sistem operasi anda, versi pelayar anda dan URL dari mana anda datang) atau maklumat agregat mungkin diperoleh dan digunakan bagi meningkatkan pengalaman anda dan memahami corak trafik.

Sila ambil perhatian, setakat maklumat yang dikumpulkan melalui Kuki dan Teknologi Lain membentuk maklumat peribadi, peruntukan dalam Pernyataan Privasi Global diguna pakai dan melengkapi Pernyataan ini. Sila ambil perhatian bahawa pada masa ini kami tidak memperdulikan isyarat Jangan Jejak dan yang serupa dengannya.

Pengiklanan Dalam Talian dan Mudah Alih; Aplikasi Mudah Alih

Kami dan pihak ketiga melibatkan diri dalam pengiklanan berdasarkan minat, yang disediakan oleh vendor bagi menyampaikan iklan dan kandungan terperibadi yang kami dan pihak lain percaya anda minati. Setakat pihak ketiga menggunakan Kuki atau Teknologi Lain bagi melaksanakan perkhidmatan ini, Hilton tidak mengawal penggunaan teknologi ini atau maklumat yang dihasilkan untuk pengiklanan dalam talian, mudah alih dan e-mel, serta tidak bertanggungjawab atas sebarang tindakan atau dasar pihak ketiga demikian. Iklan, e-mel dan mesej lain mungkin disampaikan kepada anda oleh Hilton atau penyedia perkhidmatannya berdasarkan tingkah laku dalam talian atau mudah alih (di laman Hilton dan bukan Hilton), aktiviti carian anda, lokasi geografi anda atau maklumat lain yang kami kumpulkan atau diperolehi daripada pihak ketiga. Sebagai contoh, sekiranya anda pergi ke Laman untuk menempah bilik hotel, anda kemudiannya akan melihat iklan daripada kami apabila anda melawat laman web lain. Iklan ini mungkin muncul di laman kami, laman web pihak ketiga atau di platform mudah alih. Anda juga mungkin akan melihat iklan untuk pihak ketiga di Laman, laman web atau properti lain, atau pada peranti mudah alih anda, berdasarkan lawatan anda ke dan aktiviti di, Laman, laman lain serta aplikasi kami dan aplikasi pihak ketiga. Sesetengah vendor kami dan kami sendiri mungkin menggunakan maklumat peribadi yang dirahsiakan atau diagregatkan, data demografi, dan minat komersial yang kami simpulkan sendiri atau dikumpulkan pihak ketiga untuk membantu menghantar iklan kepada anda. Seperti yang dinyatakan dalam Pernyataan Privasi Global kami, dalam sesetengah keadaan kami mungkin menggabungkan Maklumat Lain dengan maklumat peribadi. Sekiranya kami menggabungkan sebarang Maklumat Lain dengan maklumat peribadi, peruntukan dalam Pernyataan Privasi Global diguna pakai dan melengkapi Pernyataan ini.

Kami mematuhi Prinsip Pengawalaturan Kendiri Perjanjian Pengiklanan Digital [Digital Advertising Alliance’s (DAA)] untuk Pengiklanan Tingkah Laku Dalam Talian serta Garis Panduan dan Prinsip DAA yang berkaitan.

Teknologi Peranti Bersilang

Kami dan rakan perniagaan kami menggunakan pihak ketiga untuk menubuhkan hubungan yang meyakinkan atau berkemungkinan antara peranti (seperti telefon pintar, tablet dan komputer) untuk menghantar iklan yang lebih relevan kepada anda dan untuk tujuan pelaporan dan analisis pengiklanan. Ini bermakna maklumat mengenai penggunaan laman web anda atau aplikasi pada peranti semasa anda mungkin akan digabungkan dengan maklumat dari peranti anda yang lain. Kami juga mungkin akan berkongsi maklumat ini dan kesimpulan lain dengan pihak ketiga untuk membolehkan mereka menyasarkan iklan, memperibadikan kandungan atau mengalisis tingkah laku. Ini membolehkan, sebagai contoh, iklan yang anda lihat pada tablet anda adalah berdasarkan aktiviti yang anda lakukan di telefon pintar anda.

Rakan perniagaan ini mungkin akan berkongsi dan menggabungkan maklumat daripada kuki dengan pengecam (seperti ID peranti yang ditetapkan oleh Google atau Apple) dan alamat IP untuk membuat hubungan antara peranti yang berkaitan. Ini juga membolehkan pengalaman lebih terperibadi merentasi perkhidmatan dan aplikasi kami. Sebagai contoh, Hilton mungkin melalui vendornya memadankan peranti anda jika anda log masuk di pelbagai peranti atau pelayar laman, atau jika peranti anda berkongsi atribut sama yang menyokong kesimpulan bahawa peranti tersebut digunakan oleh orang atau keluarga yang sama. 

Untuk memilih keluar daripada vendor pautan peranti bersilang, sila layari www.aboutadvertisements.info/choices dan lakukan penarikan diri secara global pada setiap pelayar dan peranti yang anda mahu tarik diri.  Memilih keluar bermakna pelayar pada peranti yang anda mahu memilih keluar tidak akan menerima iklan berdasarkan minat daripada maklumat yang dikumpulkan pada peranti yang dipautkan kepadanya. Peranti yang dipautkan itu tidak akan menerima iklan berdasarkan minat daripada maklumat yang dikumpulkan daripada peranti yang memilih keluar. Vendor juga tidak akan menghantar data yang dikumpulkan daripada peranti yang memilih keluar kepada pihak ketiga. Jika, pada masa hadapan, kami bekerja dengan vendor peranti bersilang yang mempunyai proprietari penarikan diri, dan bagi penarikan diri DAA yang tidak efektif seperti yang dijelaskan di atas, kami akan menyediakan pautan kepada proprietari penarikan diri vendor.

Menguruskan Kuki dan Teknologi Lain

Jika anda ingin membuang atau menyekat Kuki dari peranti anda pada bila-bila masa, anda boleh mengemas kini tetapan pelayar anda (sila rujuk menu "bantuan" pelayar anda bagi mengetahui bagaimana membuang atau menyekat Kuki). Hilton tidak bertanggungjawab atas tetapan pelayar anda. Anda boleh mendapatkan arahan yang baik dan ringkas tentang cara untuk menguruskan Kuki tentang pelbagai jenis pelayar web di www.allaboutcookies.org.

Anda juga boleh mendapatkan ringkasan yang baik tentang cara menguruskan Kuki Flash dihttp://www.macromedia.com/support/documentation/en/flashplayer/help/settings_manager07.html.

Sila sedar bahawa menolak Kuki mungkin menjejaskan keupayaan anda untuk melaksanakan transaksi tertentu di Laman, dan keupayaan kami untuk mengecam pelayar anda daripada satu lawatan ke lawatan yang seterusnya.

Anda juga boleh mengawal jejak Kuki dengan memasang sambungan pelayar seperti Ghostery: https://www.ghostery.com/our-solutions/ghostery-browser-extension/

Jika anda mahu membuang semua Kuki yang ditinggalkan oleh laman web yang anda lawati, berikut adalah pautan yang anda boleh muat turun program untuk membuang Kuki penjejak:

http://www.lavasoft.com/products/ad_aware_personal_security.php http://www.spyb

ot.info/en/download/index.html

Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang pengiklanan berdasarkan minat dan memilih untuk menolak penggunaan Kuki oleh vendor dan pengiklan kami yang lain bagi menyesuaikan kandungan atau iklan kepada anda dengan melawat http://www.networkadvertising.org/managing/opt_out.asp dan http://www.aboutads.info/choices.

Di Eropah sahaja: Jika anda berpangkalan di Eropah, anda juga boleh menyesuaikan pilihan Kuki anda melalui penyesuaian Tetapan Kuki melalui Pengurus Persetujuan Kuki, yang boleh didapati di sini: Pilihan Kuki.

Pindaan Pernyataan Kuki Hilton Worldwide

Seperti yang dinyatakan di atas, kami mungkin mengubah Pernyataan ini dari semasa ke semasa. Bagi membantu anda menjejak perubahan yang paling signifikan, kami akan menyertakan sejarah perubahan di bawah.

Kemas Kini Terakhir: Jun 2016                     Tarikh Efektif: 1 Ogos 2016

  • Dikemas kini untuk memasukkan cara kami menggunakan teknologi peranti bersilang dan cara untuk memilih keluar.

Perubahan Mei 2015:

  • Dikemas kini bagi mencerminkan bahawa kami mungkin menggabungkan Kuki Hilton dan pihak ketiga dengan maklumat luar talian daripada atau tentang anda untuk tujuan pengiklanan.
  • Dikemas kini bagi menambah bahasa untuk mencerminkan bahawa Hilton dan pihak ketiga mungkin menggunakan teknologi untuk menjejak aktiviti anda dari sehari ke sehari dan di seluruh aplikasi mudah alih bagi menyampaikan iklan dan kandungan yang mungkin anda minati.
  • Dikemas kini untuk memasukkan pautan kepada Pengurus Persetujuan Kuki di Eropah.