Skip reservation widget

Find a Hotel

Where are you going?

 
 

*Best Price Guarantee
Rooms Adults (18+) Children
Room 2:
Room 3:
Room 4:
Room 5:
Room 6:
Room 7:
Room 8:
Room 9:

| More Options Less Options
Special Rates
Find it 

* ID required at check-in

Close
Close Form

Contact us

Call 1-800-HHONORS (+1-800-446-6677) 24 hours a day, 7 days for hotel reservations or any questions you may have. For international telephone numbers, click 'Get Support' below.

Get Support

Pernyataan Privasi Global Hilton Worldwide, Inc.

Logos of all Hilton Worldwide Brands

Terakhir Dikemas Kini: Jun 2016

Tarikh Efektif: 1 Ogos 2016

Pernyataan privasi ini ("Pernyataan") diguna pakai kepada subsidiari Hilton Worldwide, Inc. dan semua hotel dalam Jenama Hilton Worldwide Portfolio (secara kolektif, "Hilton," "kami," atau "kita"). Di Hilton, kami berusaha sedaya upaya untuk menyampaikan produk, perkhidmatan dan pengalaman yang hebat di seluruh dunia. Kami menghargai perniagaan anda dan yang lebih penting, kesetiaan anda. Kami mengakui bahawa privasi adalah isu yang penting. Kami membangunkan Pernyataan ini untuk menerangkan amalan kami mengenai maklumat peribadi yang kami kumpulkan daripada anda atau mengenai anda di laman ini atau melalui aplikasi kami, melalui komunikasi bertulis atau lisan dengan kami, apabila anda melawat salah satu properti kami, atau daripada sumber lain. Walaupun Pernyataan ini menerangkan secara meluas amalan yang kami amalkan merentasi Hilton di seluruh dunia, undang-undang tempatan berbeza dan sesetengah bidang kuasa boleh meletakkan sekatan ke atas aktiviti pemprosesan kami (contohnya, bidang kuasa tertentu memerlukan persetujuan untuk menghantar mesej pemasaran). Oleh itu, amalan sebenar kami dalam bidang kuasa itu boleh menjadi lebih terhad daripada yang dinyatakan di sini bagi membolehkan kami mematuhi keperluan tempatan.

Dengan menggunakan sebarang produk atau perkhidmatan kami dan/atau dengan bersetuju kepada Pernyataan ini, contohnya dalam konteks mendaftar untuk sebarang produk atau perkhidmatan kami, anda bersetuju dengan pengumpulan dan penggunaan Maklumat Peribadi seperti yang dinyatakan dalam Pernyataan ini.

Sila ambil perhatian bahawa Pernyataan ini tidak diguna pakai kepada pemprosesan maklumat peribadi kami bagi pihak dan tertakluk pada arahan pihak ketiga seperti syarikat penerbangan, syarikat kereta sewa dan pembekal perkhidmatan lain, syarikat yang menganjurkan atau menawarkan pakej pelancongan, rakan pemasaran atau pelanggan korporat.

Klik pada salah satu daripada pautan di bawah untuk terus ke bahagian yang tertentu:

Maklumat Peribadi yang Kami Kumpulkan

Di setiap titik sentuh atau interaksi tetamu dan dalam menjalankan setiap aspek perniagaan kami, kami mungkin mengumpulkan maklumat peribadi. Maklumat peribadi ini mungkin termasuk: maklumat hubungan anda; maklumat yang berkaitan dengan tempahan anda, penginapan atau lawatan ke properti; penyertaan dalam keahlian atau program kesetiaan (termasuk bayaran kad jenama bersama Hilton atau program jenama bersama lain); penyertaan dalam peraduan, cabutan bertuah, atau program pemasaran (walaupun jika anda tidak menginap di salah sebuah hotel kami); maklumat berkaitan dengan pembelian dan penerimaan produk dan perkhidmatan; ciri-ciri peribadi, warganegara, pendapatan, nombor pasport dan tarikh serta tempat dikeluarkan; sejarah perjalanan; maklumat bayaran, seperti nombor kad bayaran anda dan maklumat kad lain, begitu juga pengesahan maklumat dan butiran bil dan akaun lain yang berkaitan dengan bil mudah alih; keutamaan tetamu; keutamaan pemasaran dan komunikasi; maklumat tentang kenderaan yang mungkin anda bawa ke properti kami; ulasan dan pendapat tentang Portfolio Jenama atau properti kami (jika ia dikenal pasti atau dikaitkan dengan anda); nombor gabungan program penumpang pesawat kerap atau program rakan kongsi pelancongan dan nombor ahli; hotel, penerbangan dan kereta sewa yang ditempah; kumpulan yang anda dikaitkan dengan penginapan di hotel; maklumat yang diperlukan bagi keahlian dan akaun permohonan; dan jenis maklumat lain yang anda pilih untuk diberikan kepada kami atau yang mungkin kami perolehi daripada pihak ketiga.

Kami juga mungkin merekodkan butiran tentang pengembara bersama, termasuk nama dan nombor penerbangan kerap mereka, serta usia pemandu kereta sewa. Kami juga mungkin mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan perbualan, termasuk merakam atau memantau panggilan khidmat pelanggan dan komunikasi lain seperti mesej dalam aplikasi dan SMS.

Selain itu kami mengumpulkan maklumat peribadi lain dalam kes tertentu, seperti:

  • Penyertaan HHonors: Apabila anda mendaftar dalam program HHonors kami, anda akan menerima nombor HHonors dan kami akan meminta anda untuk mencipta ID pengguna dan kata laluan. Kami juga mengumpulkan maklumat untuk menjalankan program dan profil HHonors, termasuk butiran transaksi dan surat-menyurat, serta untuk menyediakan anda dengan fungsi Aplikasi HHonors kami (jika ada). Aplikasi HHonors membolehkan anda untuk melakukan perkara seperti menggunakan peranti mudah alih anda untuk daftar masuk, pilih bilik anda, menerima kunci bilik dan daftar keluar. Apabila anda menguruskan profil anda secara dalam talian, anda berpeluang untuk memberi maklumat tambahan seperti syarikat penerbangan pilihan anda serta nombor akaun program kesetiaan anda dengan mereka, keutamaan jenis bilik, keutamaan bahasa, akaun kad bayaran, dan keutamaan langganan e-mel untuk menerima berita, tawaran dan maklumat daripada kami serta rakan kongsi kami. Selain itu juga, apabila anda membuat tempahan, termasuk Tempahan Ganjaran atau membeli Poin HHonors dalam talian, kami mungkin meminta maklumat akaun tambahan khusus seperti nombor akaun korporat, kod kumpulan atau konvensyen, nombor ejen pelancongan atau nombor AAA. Jika anda memohon kad bayaran atau akaun lain dengan salah satu rakan kongsi kami melalui satu daripada iklan kami atau pada properti kami, anda mungkin mempunyai pilihan untuk menambah maklumat ini secara automatik sebagai sebahagian daripada profil HHonors anda.
  • Tinjauan: Kami mungkin meminta data demografi atau maklumat peribadi lain dalam tinjauan pelanggan.
  • Pengumpulan di Properti:  Kami mengumpulkan maklumat peribadi tambahan semasa pendaftaran/daftar masuk di properti kami, termasuk maklumat yang mungkin diperlukan oleh undang-undang tempatan. Kami juga mungkin menggunakan televisyen litar tertutup atau langkah keselamatan lain di properti kami yang mungkin menangkap atau merekodkan imej tetamu dan pelawat di kawasan awam serta maklumat yang berkaitan dengan lokasi anda semasa anda berada di properti kami (melalui kad kunci dan teknologi lain). Kami juga mungkin menggunakan televisyen litar tertutup dan teknologi lain yang merakam bunyi atau video untuk melindungi staf kami, tetamu dan pengunjung ke properti kami. Selain itu, kami juga mungkin mengumpulkan maklumat peribadi berhubung perkhidmatan di properti, seperti perkhidmatan kerja rencam, kelab kesihatan, spa, aktiviti, perkhidmatan jagaan kanak-kanak, sewa peralatan dan fungsi Kunci Digital kami di Aplikasi HHonors (di mana tersedia).
  • Profil Acara:  Sekiranya anda merancang untuk mengadakan acara dengan kami, kami mengumpulkan spesifikasi mesyuarat dan acara, tarikh acara, bilangan tetamu, butiran bilik tetamu, dan, untuk acara korporat, maklumat tentang organisasi anda (nama, bajet tahunan dan bilangan acara bertajaan setahun).  Kami juga mengumpulkan maklumat tentang tetamu yang merupakan sebahagian daripada kumpulan atau acara anda. Sekiranya anda mengunjungi kami sebagai sebahagian daripada kumpulan, kumpulan anda mungkin memberi kami maklumat peribadi tentang anda dan kami mungkin akan melakukan pemasaran kepada anda kerana anda menginap bersama kumpulan atau menghadiri acara. Sekiranya anda mengunjungi kami sebagai sebahagian daripada acara, kami mungkin akan kongsikan maklumat peribadi tentang anda dengan perancang acara. Sekiranya anda perancang acara kami juga mungkin mengongsikan maklumat tentang acara anda dengan pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang mungkin akan memasarkan perhidmatan acara kepada anda.
  • Kongsi Masa Hilton Grand Vacations:  Sekiranya anda menyerahkan "prapermohonan" secara dalam talian untuk kongsi masa atau sekiranya anda menyerahkan tempahan atau permintaan maklumat secara dalam talian, atau menyertai ciri jenis "klik untuk sembang" dalam talian, kami mungkin meminta anda memberikan julat pendapatan tahunan anda atau maklumat tempahan. Sekiranya anda menghadiri acara Hilton Grand Vacations, atau mempratonton lawatan, atau memasuki cabutan bertuah, kami mungkin meminta anda memberikan maklumat tentang komposisi keluarga anda, keutamaan perjalanan, kekerapan perjalanan dan maklumat sejarah pelancongan yang lain. Sekiranya anda mendaftar akaun dalam talian dengan Kelab Hilton Grand Vacations dan/atau Kelab The Hilton, atau produk atau program kelab lain yang diperkenalkan dari semasa ke semasa, kami juga mungkin akan meminta anda memberikan ID pengguna dan kata laluan serta mungkin meminta anda memberikan nombor ahli anda atau tempahan dan kod keselamatan. Sekiranya anda membuat pinjaman untuk pembelian kongsi masa, kami mungkin mengutip maklumat permohonan dan penservisan pinjaman.
  • Media Sosial: Sekiranya anda memilih untuk menyertai aktiviti atau penawaran media sosial tajaan Hilton, kami mungkin mengumpulkan maklumat tertentu daripada akaun media sosial anda yang sejajar dengan tetapan anda dalam perkhidmatan media sosial, seperti lokasi, daftar masuk, aktiviti, minat, foto, kemas kini status dan senarai rakan. Kami juga membenarkan anda menyertai pertandingan yang memerlukan gambar, seperti penginapan anda dengan kami, yang anda boleh berkongsi dengan hubungan anda pada media sosial untuk undi, tawaran berkongsi atau promosi lain.
  • Majukan kepada Rakan:  Dari semasa ke semasa, kami mungkin menawarkan ciri yang membolehkan anda menghantar poskad elektronik ataupun berkongsikan mesej dengan rakan, sama ada melalui Internet, kiosk berdiri sendiri atau peranti mudah alih. Sekiranya anda memilih untuk berbuat demikian, kami akan meminta anda memberikan nama dan alamat e-mel penerima, bersama-sama dengan teks bagi sebarang mesej yang anda pilih untuk disertakan. Dengan menggunakan ciri ini, anda menggambarkan bahawa anda layak untuk menggunakan dan memberi kepada kami nama dan alamat e-mel penerima untuk tujuan ini.
  • Francais dan Pemilikan Peluang:  Jika anda berminat untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai francais atau pemilikan peluang, kami mungkin mengumpulkan maklumat tentang anda untuk menilai kesesuaian anda untuk menjadi penerima francais atau pemilik. Kami mungkin menggabungkan maklumat yang anda berikan kepada kami dengan maklumat yang kami perolehi daripada pihak ketiga, seperti agensi pelaporan kredit dan pangkalan data rekod awam. Kami menggunakan maklumat ini untuk menjalankan usaha wajar ke atas penerima francais dan pemilik yang berpotensi.
  • Permohonan Pekerjaan:  Sekiranya anda memilih untuk memohon pekerjaan dengan Hilton secara dalam talian, sila lihat Notis Privasi Pemohon kami.
  • Pembekal WMBE:  Jika syarikat A.S. anda adalah Perusahaan Perniagaan Wanita/Minoriti yang berminat untuk menyertai Program Kepelbagaian Pembekal Hilton, anda boleh mengisi Borang Permohonan Profil Kepelbagaian Pembekal secara dalam talian. Sekiranya anda memilih untuk memohon, anda akan diminta memberikan maklumat tentang syarikat anda dan prinsipalnya, termasuk nama, alamat, alamat e-mel, kumpulan etnik serta nama dan alamat e-mel orang hubungan, nombor pengenalan cukai dan struktur perundangan syarikat, serta bukti pensijilan Perusahaan Perniagaan Wanita/Minoriti.

Selain daripada maklumat yang kami kumpul daripada anda secara langsung, kami juga mungkin menyimpulkan maklumat tentang anda berdasarkan maklumat yang anda berikan kepada kami atau daripada Maklumat Lain yang kami kumpulkan.

Kembali ke Atas


Maklumat Peribadi yang Kami Kumpul daripada Pihak Ketiga

Kami juga mungkin mengumpulkan maklumat tentang anda daripada pihak ketiga, termasuk maklumat daripada syarikat penerbangan kami, kad bayaran, dan rakan kongsi lain; daripada perkhidmatan media sosial anda konsisten dengan tetapan anda pada perkhidmatan itu; dan daripada sumber pihak ketiga yang lain. Kami mungkin menggabungkan maklumat ini dengan maklumat yang ada dalam rekod kami dan mengongsikannya dengan pihak lain selari dengan Pernyataan ini.

Kembali ke Atas


Penggunaan Maklumat Peribadi yang Dikumpulkan tentang Anda

Kami menggunakan maklumat peribadi anda dalam beberapa cara, termasuk untuk menyediakan dan memperibadikan perkhidmatan yang anda minta dan jangkakan daripada Hilton, untuk menawarkan anda layanan dalam bilik yang diharapkan dan di seluruh properti kami, mengurus program HHonors, menjalankan pemasaran langsung dan promosi jualan serta seperti perkara yang dinyatakan di bawah dengan lebih terperinci:

  • Ahli HHonors: Jika anda ahli HHonors, kami menggunakan maklumat anda untuk mengurus program kesetiaan HHonors, untuk memperibadikan pengalaman anda merentas perkhidmatan dan aplikasi kami, serta berkaitan dengan Aplikasi HHonors dan fungsi Kunci Digital (jika ada).  Kami juga menggunakan maklumat anda untuk mengkomunikasikan berita, promosi, dan bahan transaksi merentas semua rangkaian perkhidmatan Hilton dan untuk memperibadikan iklan dan kandungan yang dihantar kepada anda secara dalam talian, e-mel, mudah alih dan pengiklanan paparan, dan juga di laman web dan aplikasi kami serta melalui pusat panggilan khidmat pelanggan kami.
  • Pentadbiran Perkhidmatan: Kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk menguruskan program yang anda sertai, termasuk menyediakan anda dengan akses kepada maklumat akaun anda, seperti status ganjaran dan tawaran yang anda layak; untuk memenuhi perkhidmatan yang merupakan sebahagian daripada program itu; untuk membolehkan komunikasi langsung antara properti dalam Jenama Hilton Worldwide Portfolio; dan antara Jenama Hilton Worldwide Portfolio dan anda; dan untuk memudahkan pengumpulan.
  • Mesyuarat dan Perancangan Acara: Kami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk memberikan anda maklumat mengenai mesyuarat dan perancangan acara.
  • Pemasaran dan Komunikasi: Kami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk memberikan atau menawarkan anda surat berita, promosi dan rencana istimewa, serta mesej pemasaran yang lain. Kami menggunakan maklumat anda untuk menyediakan pesanan semasa penginapan, amaran akaun, pengesahan tempahan; untuk menghantar mesej pemasaran; dan untuk menjalankan kaji selidik, cabutan bertuah, cabutan hadiah, dan peraduan yang lain. Kami boleh menyediakan komunikasi ini melalui e-mel, mel mel pos, pengiklanan dalam talian, sosial media, telefon, mesej teks (termasuk SMS dan MMS), pemberitahuan tolak, mesej dalam aplikasi, dan sebagainya (termasuk pada mesej properti, seperti televisyen dalam bilik anda). Kami juga menggunakan kandungan yang dijana pengguna (seperti gambar) daripada perkhidmatan media sosial untuk menyampaikan paparan iklan atau di laman web dan aplikasi kami. Kami juga mungkin mengumpulkan maklumat daripada kad bayaran anda, yang boleh dikaitkan dengan maklumat peribadi dan digunakan oleh Hilton atau rakan perniagaannya untuk mengiktiraf jenis kad yang anda miliki, seperti sama ada atau tidak ia adalah kad jenama bersama Hilton dan/atau bank atau rangkaian kad, dan masa kini dan/atau menghantar mesej pemasaran berdasarkan kaedah pembayaran anda. Kami juga boleh bekerjasama dengan pihak ketiga untuk mengetahui sama ada pengunjung ke laman web kami mempunyai tawaran tunai kembali berkaitan dengan kad bayaran mereka dan untuk menyampaikan iklan kepada pengunjung dan maklumat yang menerangkan faedah daripada tawaran melalui penginapan di hotel dalam Jenama Hilton Worldwide Portfolio.
  • Penambahbaikan Perkhidmatan: Kami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk meningkatkan perkhidmatan Hilton dan untuk memastikan laman web kami, produk dan perkhidmatan menarik minat anda. Kami juga menggunakan maklumat peribadi anda untuk memberikan anda perkhidmatan layanan dalam bilik yang dijangkakan dan di seluruh properti kami. Ini mungkin termasuk menyediakan anda dengan keupayaan untuk mengawal teknologi dalam bilik anda melalui laman web atau aplikasi kami pada peranti peribadi anda.
  • Program eFolio: Kami boleh mendaftar anda dalam program eFolio kami secara automatik dan menggunakan alamat e-mel anda untuk menghantar bil hotel anda melalui e-mel.  Ia menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan kami mempunyai alamat e-mel anda yang betul (dan e-mel keutamaan anda). Jika anda membuat tempahan untuk orang lain menggunakan alamat e-mel anda, eFolio orang itu akan dihantar ke alamat e-mel anda.
  • Personaliti, Analitik dan Ketepatan Data: Kami juga mungkin mengagregatkan maklumat peribadi anda dengan data daripada sumber pihak ketiga untuk tujuan kemas kini dan analitik data. Kami juga bergantung kepada maklumat daripada pihak ketiga untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan lebih peribadi. Sebagai contoh, jika anda menghubungkan perkhidmatan media sosial anda atau akaun lain ke perkhidmatan kami, kami boleh menggunakan maklumat ini untuk menjadikan pengalaman anda dengan kami lebih peribadi dan sosial, atau berkongsi dan menggunakannya sepertimana yang dijelaskan di dalam Pernyataan ini.

Kembali ke Atas


Maklumat Peribadi yang Kami Kongsikan

Dalam usaha untuk menawarkan tahap hospitaliti yang dijangkakan dan menyediakan anda dengan perkhidmatan yang paling baik, kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak lain seperti ahli Jenama Hilton Worldwide Portfolio, pembekal perkhidmatan kami, pihak ketiga dan lain-lain seperti yang dinyatakan secara terperinci di bawah:

  • Jenama Hilton Worldwide Portfolio, Termasuk Hotel Francais, Hotel Diurus, Kongsi Masa (Timeshare) dan Pecahan Resort (Fractional Resorts):  Kami mungkin berkongsi maklumat peribadi dalam Jenama Hilton Worldwide Portfolio, termasuk Hilton Grand Vacations, dan juga dengan pemilik dan pengusaha hotel francais, pemilik hotel yang kami uruskan tetapi tidak memiliki, dan kongsi masa atau resort pemilikan pecahan itu boleh menggunakan maklumat peribadi secara individu atau bersama untuk menyediakan anda dengan perkhidmatan, keperibadian, dan bagi tujuan yang dinyatakan di atas. Hilton Worldwide, Inc. ialah pihak yang bertanggungjawab atas pengurusan maklumat peribadi yang digunakan secara bersama. Selain itu, apabila kami berhenti menguruskan hotel yang kami tidak miliki atau menamatkan hubungan francais, kami mungkin memberi pemilik hotel maklumat tertentu tentang tetamu sebelum ini atau akan datang ke hotel itu.
  • Program Pengebilan Elektronik:  Jika anda menerima eFolio melalui e-mel (seperti yang dibincangkan di atas), ringkasan perincian barangan dan perkhidmatan yang diberikan kepada anda sepanjang penginapan anda akan dikongsi dengan pembekal kad bayaran dan, jika anda mengambil bahagian dalam program bil korporat dan menggunakan kad bayaran korporat, penyedia kad bayaran mungkin berkongsi ringkasan dengan majikan anda. Selain itu, jika anda mengambil bahagian dalam pelan kadar khas, kami mungkin berkongsi senarai nombor HHonors yang menggunakan pelan itu dengan entiti yang menyediakan pelan kadar istimewa kepada anda. Dasar privasi majikan anda, pembekal kad bayaran dan pengeluar kad yang berkaitan akan diguna pakai sebaik sahaja kami memindahkan maklumat anda.
  • Acara atau Mesyuarat Kumpulan:  Sekiranya anda mengunjungi Hilton sebagai sebahagian daripada acara atau mesyuarat berkumpulan, maklumat yang dikumpulkan untuk mesyuarat dan perancangan acara mungkin dikongsikan dengan penganjur mesyuarat dan acara tersebut, dan, jika sesuai, tetamu yang menganjurkan atau menyertai mesyuarat atau acara itu.
  • Rakan Perniagaan:  Kami boleh bekerjasama dengan syarikat lain untuk menyediakan anda dengan produk, perkhidmatan, atau tawaran berdasarkan pengalaman anda di properti kami dan mungkin berkongsi maklumat anda dengan rakan perniagaan kami dengan sewajarnya. Sebagai contoh, kami mungkin membantu mengaturkan kereta sewa atau perkhidmatan lain daripada rakan perniagaan kami dan akan kongsikan maklumat peribadi anda dengan rakan niga kami bagi memberikan perkhidmatan berkenaan. Sekiranya anda adalah ahli HHonors, kami mungkin mengongsikan maklumat peribadi anda dengan rakan perniagaan kami bagi mengkreditkan perbatuan atau faedah lain yang anda kumpulkan melalui penyertaan anda dalam program HHonors. Kami juga mungkin berkongsi maklumat peribadi anda, seperti alamat e-mel anda, dengan rakan kongsi perjalanan syarikat kami untuk membantu mereka menilai pematuhan dengan dasar pelancongan atau penyertaan dalam pelan kadar khas atau untuk melibatkan diri dalam jenama bersama pemasaran dengan rakan kongsi perjalanan korporat kami. Kami juga boleh bekerjasama dengan pihak ketiga, seperti rakan kongsi syarikat penerbangan dan kad bayaran kami, untuk membolehkan kami dan rakan kongsi kami menyampaikan iklan kepada pelanggan kami bersama. Rakan kongsi kami mungkin boleh memberikan tawaran lebih relevan kepada anda berdasarkan pada maklumat tanpa nama yang kami kongsi mengenai pengalaman anda di properti kami, serta maklumat dalam profil HHonors anda. Selain itu, kami mungkin membenarkan rakan kongsi pihak ketiga untuk mengenali anda apabila anda melawat laman web atau aplikasi rakan kongsi tersebut, atau untuk mengenali anda sebagai salah seorang pelanggan mereka apabila anda melawat laman web atau aplikasi Hilton supaya mereka boleh memberikan tawaran yang lebih relevan kepada anda. Kami mungkin berkongsi alamat e-mel anda dengan pihak ketiga dengan menggunakan langkah keselamatan sedia ada yang mungkin sepadan dengan alamat e-mel mereka sendiri supaya mereka boleh menghantar iklan secara dalam talian dan e-mel kepada anda bagi pihak kami.
  • Penajaan Bersama Promosi:  Kami juga mungkin menaja bersama promosi, cabutan bertuah, cabutan hadiah, peraduan atau pertandingan dengan syarikat lain dan kami menyediakan hadiah untuk cabutan bertuah dan pertandingan yang ditaja oleh syarikat lain. Sekiranya anda memasuki salah satu cabutan bertuah atau peraduan ini, kami mungkin akan kongsikan maklumat anda dengan penaja bersama atau penaja pihak ketiga kami.
  • Perkhidmatan di Properti: Kami mungkin akan berkongsi maklumat peribadi dengan pembekal perkhidmatan pihak ketiga di properti yang membekalkan perkhidmatan seperti perkhidmatan kerja rencam, rawatan spa, golf atau pengalaman makan.
  • Pembekal Perkhidmatan:  Kami bergantung kepada pihak ketiga untuk menyediakan perkhidmatan dan produk bagi pihak kami dan mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan mereka yang berkenaan. Pembekal perkhidmatan kami adalah wajib secara kontrak untuk melindungi maklumat peribadi anda dan mungkin tidak sebaliknya menggunakan atau berkongsi maklumat peribadi anda, kecuali yang dikehendaki oleh undang-undang. Kami mungkin menggunakan pembekal perkhidmatan untuk berkomunikasi berita serta menyampaikan bahan promosi dan transaksi kepada anda, termasuk terperibadi secara dalam talian dan pengiklanan mudah alih. Sila lihat Pernyataan Kuki kami untuk maklumat lanjut. Hilton hanya akan bekerjasama dengan pihak yang menawarkan kaedah untuk memilih keluar serta yang sama seperti itu. Kami juga boleh berkongsi maklumat dengan pembekal perkhidmatan untuk membolehkan anda membuat jadual perjalanan dengan memilih tapak, aktiviti, dan restoran daripada senarai yang kami peribadikan untuk anda berdasarkan pilihan anda dan data pihak ketiga.
  • Transaksi Perniagaan:  Apabila kami mengembangkan perniagaan, kami mungkin menjual, membeli, menyusun semula perniagaan atau aset, atau berhenti menjadi pengurus atau pemberi francais hotel yang pada masa ini adalah sebahagian daripada portfolio kami. Dalam keadaan demikian, Hilton boleh memindahkan, menjual atau memberikan maklumat yang dikumpul, termasuk, tanpa had, Maklumat Lain dan maklumat peribadi, kepada satu atau lebih pihak ketiga gabungan atau yang tidak bergabungan.  Setakat yang diperlukan undang-undang tempatan, kami akan memberi notis mengenai tujuan kami untuk memindahkan data peribadi kepada pihak ketiga untuk tujuan ini, dan menjelaskan cara anda boleh membantah pemindahan sedemikian.
  • Telepemasaran:  Sekiranya anda menginap di salah satu hotel kami atau merupakan ahli HHonors, kami mungkin akan kongsikan nombor telefon anda dalam kalangan Jenama Hilton Worldwide Portfolio, termasuk Hilton Grand Vacations, untuk tujuan telepemasaran. Kami juga mungkin akan menerima nombor telefon anda daripada rakan kongsi kami atau daripada sumber-sumber lain, yang mungkin kami gunakan untuk tujuan telepemasaran.
  • Lain-lain:  Selain itu, Hilton mungkin mendedahkan maklumat peribadi bagi: (i)mematuhi undang-undang yang berkenaan, (ii) memberi respons kepada pertanyaan atau permintaan kerajaan daripada pihak berkuasa awam, (iii) mematuhi proses perundangan yang sah, (iv) melindungi hak, privasi, keselamatan atau properti Hilton, pengunjung laman, tetamu, pekerja atau orang ramai, (v) membenarkan kami mendapatkan remedi yang tersedia atau menghadkan kerosakan yang kami tanggung, (vi) menguatkuasakan terma dan syarat laman web kami dan (vii) bertindak balas terhadap kecemasan.

Kembali ke Atas


Maklumat Lain

Apabila anda melawat dan berinteraksi dengan laman web dan aplikasi Hilton, kami mengumpulkan maklumat bukan peribadi lain mengenai penggunaan laman web ini, seperti katalog laman yang anda lawati, dan jumlah lawatan ke laman web kami ("Maklumat Lain"). Kami menggunakan Maklumat Lain serta data yang diterima daripada pihak ketiga, untuk menyampaikan e-mel anda, iklan dalam talian (di laman web kami dan laman web lain) dan mudah alih. Kami juga mungkin menggunakan Maklumat lain untuk membolehkan rakan kongsi pihak ketiga untuk mengenali anda sebagai ahli HHonors apabila anda melawat laman web atau aplikasi rakan kongsi, atau untuk mengenali anda sebagai salah seorang pelanggan mereka apabila anda melawat laman web atau aplikasi Hilton supaya mereka dapat menyediakan lebih banyak tawaran yang berkaitan kepada anda.

Kami menggunakan kuki dan teknologi lain untuk mengumpulkan maklumat ini. Pada masa ini, kami tidak bertindak balas terhadap isyarat Jangan Jejak atau mekanisme lain yang serupa.  Sila lihat Pernyataan Kuki kami untuk maklumat lanjut, termasuk cara untuk memilih keluar daripada pengiklanan berasaskan minat.

Kami mungkin menggunakan maklumat yang kami kumpulkan, atau maklumat peribadi tanpa nama yang diterima daripada pihak ketiga, untuk memahami lebih lanjut mengenai pengguna kami (contohnya, kami mungkin menggunakan maklumat agregat untuk mengira peratusan pengguna kami yang mempunyai kod kawasan telefon tertentu). Ini termasuk data demografi seperti tarikh lahir, jantina dan status perkahwinan, kepentingan komersial yang disimpulkan, seperti produk kegemaran atau hobi, dan maklumat lain yang mungkin kami kumpulkan daripada anda atau pihak ketiga.

Oleh sebab Maklumat Lain tidak mengenal pasti anda secara peribadi, maklumat sedemikian mungkin akan didedahkan untuk sebarang tujuan.  Dalam sesetengah keadaan, kami mungkin menggabungkan Maklumat Lain dengan maklumat peribadi. Sekiranya kami menggabungkan mana-mana Maklumat Lain dengan maklumat peribadi, maklumat gabungan itu akan dikendalikan oleh kami sebagai maklumat peribadi menurut Pernyataan ini.

Kembali ke Atas


Maklumat Sensitif

Istilah "maklumat sensitif" merujuk kepada maklumat yang berkaitan dengan asal usul bangsa atau etnik, pandangan politik, agama atau kepercayaan lain, kesihatan atau kehidupan seksual, latar belakang jenayah atau keahlian kesatuan perdagangan. Kami pada umumnya tidak mengumpulkan maklumat sensitif kecuali anda memberikannya secara sukarela. Kami mungkin menggunakan data kesihatan yang anda berikan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan bagi memenuhi keperluan anda yang tertentu.

Kembali ke Atas


Maklumat Peribadi daripada Kanak-kanak

Kami secara sedar tidak mengumpulkan maklumat peribadi daripada individu yang berumur bawah 18 tahun. Sebagai ibu bapa atau penjaga yang sah, sila jangan benarkan anak anda menyerahkan maklumat peribadi tanpa kebenaran anda.

Kembali ke Atas


Perkhidmatan Mudah Alih dan Berasaskan Lokasi

Kami menyediakan aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun ke telefon pintar atau peranti mudah alih. Aplikasi ini mempunyai pelbagai fungsi yang meningkatkan pengalaman pelanggan. Selain daripada menyediakan perkhidmatan, aplikasi kami mungkin mengumpulkan maklumat peribadi dan Maklumat Lain yang akan digunakan menurut Pernyataan ini. Sebagai contoh, untuk menempah atau menukar tempahan, termasuk ganjaran penginapan, anda akan dikehendaki untuk menyediakan beberapa maklumat peribadi, seperti kelayakan HHonors anda atau maklumat lain jika perlu. Fungsi Kunci Digital kami dalam Aplikasi HHonors mengumpulkan maklumat yang kami sudah ada tentang anda, termasuk nombor HHonors anda dan ID pengguna, serta maklumat tambahan, termasuk penggunaan kunci. Kami menyediakan pautan ke Pernyataan ini kepada pelanggan sebelum mereka memuat turun mana-mana aplikasi kami.

Jika anda membenarkan aplikasi mudah alih kami untuk mengakses maklumat lokasi pada peranti anda, aplikasi mudah alih kami boleh menggunakan teknologi peranti mudah alih Sistem Kedudukan Global (GP) dan teknologi lain (seperti pemancar wayarles dikenali sebagai isyarat) anda untuk menyediakan anda dengan maklumat dan tawaran berdasarkan kepada lokasi peranti anda. Isyarat membolehkan kami mengumpulkan maklumat mengenai lokasi anda dalam hotel yang mengambil bahagian melalui komunikasi dengan peranti mudah alih yang berada dalam julat. Kami mungkin menggunakan maklumat lokasi ini untuk meningkatkan pengalaman properti anda dengan menyampaikan pemberitahuan tolak dan kandungan lain ke peranti mudah alih anda, menyediakan bantuan navigasi apabila anda bergerak di sekitar lokasi kami, dan menghantar maklumat dan menawarkan mengenai produk, perkhidmatan, atau aktiviti yang kami percaya mungkin menarik minat anda. Kami mungkin berkongsi maklumat ini dengan pihak ketiga, termasuk rakan niage dan pembekal perkhidmatan, untuk memberikan maklumat, tawaran dan perkhidmatan yang mungkin menarik minat anda. Setakat sebarang data digabungkan dengan maklumat peribadi, maklumat tersebut akan dikendalikan sebagai maklumat peribadi menurut Pernyataan ini. Anda boleh mencegah atau mengehadkan pengumpulan maklumat lokasi dengan menukar tetapan dalam aplikasi HHonors, atau dengan menukar tetapan peranti anda.

Bagi sesetengah properti, kami juga menyediakan ciri-ciri "kerja rencam" sebenar atau secara maya, yang boleh dipramuat pada peranti milik Hilton atau boleh dimuat turun ke peranti mudah alih anda yang didayakan web, atau sedia ada sebagai sebahagian Aplikasi HHonors. Sebagai contoh, anda boleh berkomunikasi secara langsung dengan hotel; menempah perkhidmatan daripada hotel, seperti perkhidmatan bilik atau parkir valet; mengakses laman web kami; mengakses laman web pihak ketiga, termasuk tempat menarik tempatan dan media sosial; serta membuat tempahan. Hotel ini akan mengakses dan menggunakan maklumat peribadi anda (seperti nama anda, peringkat HHonors, nombor pengesahan, tarikh daftar masuk dan keluar, dan nombor bilik) dalam menyediakan perkhidmatan kerja rencam ini. Jika anda meminta komunikasi SMS (teks), anda akan diminta untuk memberikan nombor telefon dan pembawa. Kami juga boleh berkomunikasi dengan anda melalui aplikasi mesej digital pihak ketiga. Jika kami berbuat demikian, dasar privasi perkhidmatan tersebut diguna pakai.

Kembali ke Atas


Pautan ke Laman Web dan Perkhidmatan Pihak Ketiga

Laman dan aplikasi mudah alih kami mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga. Sila ambil perhatian bahawa kami tidak bertanggungjawab atas pengumpulan, penggunaan, penyelenggaraan, perkongsian atau pendedahan data dan maklumat oleh pihak ketiga sedemikian. Sekiranya anda memberikan maklumat dan menggunakan laman pihak ketiga, dasar privasi dan terma perkhidmatan di laman tersebut diguna pakai. Kami menggalakkan anda membaca dasar privasi laman web yang anda lawati sebelum menyerahkan maklumat peribadi.

Hilton juga mungkin bekerjasama dengan bilangan pembekal Internet yang terhad untuk menawarkan akses Internet kepada tetamu kami. Penggunaan perkhidmatan Internet anda di properti adalah tertakluk pada terma penggunaan dan dasar privasi penyedia Internet pihak ketiga. Anda boleh mengakses terma dan dasar menggunakan pautan pada halaman perkhidmatan daftar masuk, atau dengan melayari laman web penyedia Internet ini.

Kembali ke Atas


Melindungi Maklumat Peribadi

Hilton akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk: (i) melindungi maklumat peribadi daripada akses, pendedahan, pemindaan atau pemusnahan tanpa kebenaran, dan (ii) memastikan maklumat peribadi tepat dan terkini sewajarnya. Kami juga berusaha untuk meminta anggota gabungan dan pembekal perkhidmatan dengan siapa kami berkongsi maklumat peribadi agar melakukan usaha yang wajar bagi mengekalkan kerahsiaan maklumat peribadi tentang anda. Untuk transaksi dalam talian, kami menggunakan teknologi yang munasabah bagi melindungi maklumat peribadi yang anda hantar kepada kami melalui laman kami. Namun, malangnya, tiada sistem keselamatan atau sistem penghantaran data melalui Internet yang boleh dijamin selamat sepenuhnya.

Jangan menghantar nombor kad bayaran atau sebarang maklumat sulit peribadi lain kepada kami melalui e-mel untuk perlindungan privasi anda sendiri. 

Kami tidak akan menghubungi anda melalui mesej mudah alih/teks atau e-mel bagi meminta maklumat peribadi sulit atau butiran kad kredit anda. Kami hanya akan meminta butiran kad bayaran melalui telefon apabila anda menempah tempahan atau pakej promosi. Kami tidak akan menghubungi anda bagi meminta maklumat log masuk akaun HHonors anda. Sekiranya anda menerima permintaan sebegini, anda tidak harus melayannya. Kami juga meminta anda agar memaklumkannya kepada kami di ISC@hilton.com.

Kembali ke Atas


Pemindahan Antarabangsa Maklumat Peribadi

Sebagai sebuah syarikat global, kami berusaha sedaya upaya untuk memberi anda tahap perkhidmatan yang sama yang anda jangkakan di Hilton tidak kira sama ada anda di San Francisco, London atau Tokyo. Bagi menyediakan perkhidmatan ini, anda bersetuju bahawa kami boleh kongsikan maklumat peribadi anda dalam kalangan ahli Jenama Hilton Worldwide Portfolio, pembekal perkhidmatan dan pihak ketiga lain yang mungkin terletak di luar negara anda. Walaupun undang-undang perlindungan data di pelbagai negara mungkin berbeza dengan undang-undang di negara anda, Hilton akan mengambil langkah yang sesuai bagi memastikan maklumat peribadi anda dikendalikan seperti yang diterangkan dalam Pernyataan ini.

Kembali ke Atas


Menukar dan Mengakses Maklumat Peribadi Anda

Sekiranya anda ahli HHonors, maklumat yang anda berikan kepada kami pada masa pendaftaran mungkin diakses, disemak dan dikemaskini pada bila-bila masa dengan mendaftar masuk ke profil HHonors anda.

Setakat yang dikehendaki oleh undang-undang yang berkenaan, anda boleh meminta kami memberitahu anda tentang maklumat peribadi yang kami selenggara tentang anda dan, jika berkenaan, meminta kami mengemaskini, membetulkan dan/atau menahan maklumat peribadi tentang anda yang kami selenggara di pangkalan data aktif kami. Kami akan melakukan semua kemas kini dan pengubahan yang dikehendaki dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh undang-undang yang berkenaan dan, jika dibenarkan oleh undang-undang, mungkin mengenakan caj yang sewajarnya bagi menampung kos memenuhi permintaan tersebut. Permintaan sedemikian mesti diserahkan secara bertulis ke alamat berikut: Hilton Customer Privacy Department, 7930 Jones Branch Drive, McLean, VA 22102, USA. Bagi melindungi kerahsiaan anda, kami hanya boleh membalas permintaan sedemikian ke alamat e-mel yang anda daftarkan ataupun yang anda berikan kepada kami. Sila ingat bahawa sekiranya anda membuat permintaan sedemikian, kami mungkin tidak dapat memberi anda perkhidmatan dengan kualiti dan kepelbagaian yang sama dengan apa yang telah biasa anda terima.

Selain itu, dalam sesetengah keadaan berdasarkan undang-undang yang berkenaan, anda boleh meminta kami berhenti mengongsikan maklumat peribadi tentang anda dengan rakan perniagaan kami atau Hilton berhenti menggunakan maklumat peribadi tentang anda dengan asas bahawa maklumat peribadi sedemikian telah diperoleh dengan cara yang tidak adil atau digunakan dengan cara yang melanggar undang-undnag dengan menghantarkan permintaan bertulis kepada Hilton Customer Privacy Department, 7930 Jones Branch Drive, McLean, VA 22102, USA. Kami akan berusaha untuk memenuhi permintaan tersebut sejajar dengan undang-undang yang berkenaan.

Kembali ke Atas


Mengekalkan Maklumat Peribadi

Kami mengekalkan maklumat peribadi tentang anda selama tempoh yang perlu bagi memenuhi tujuan yang digariskan dalam Pernyataan ini, kecuali tempoh pengekalan yang lebih lama diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan.

Kembali ke Atas


Pilihan – Komunikasi Pemasaran

Jika anda memberikan kami maklumat hubungan (alamat mel, nombor faks, alamat e-mel atau nombor telefon) anda, kami mungkin ingin memaklumkan anda tentang produk dan perkhidmatan kami atau menjemput anda ke acara melalui e-mel, pengiklanan dalam talian, media sosial, telefon, mesej teks (termasuk SMS dan MMS), pemberitahuan tolak, amaran dalam aplikasi, mel pos, pusat panggilan khidmat pelanggan kami, dan lain-lain (termasuk mesej di properti, seperti televisyen dalam bilik anda).

Jika anda ahli HHonors, anda boleh menukar komunikasi yang anda terima daripada kami dengan log masuk ke akaun dalam talian anda dan menguruskan langganan anda, atau dengan menghantar surat kepada kami (dan memasukkan alamat e-mel anda) di Hilton Customer Privacy Department, 7930 Jones Branch Drive, McLean, VA 22102, USA.

Sekiranya anda lebih suka untuk tidak menerima bahan pemasaran e-mel daripada kami, anda boleh memilih untuk berhenti menerimanya pada bila-bila masa dengan menggunakan fungsi nyahlanggan dalam e-mel yang anda terima daripada kami atau dengan mengklik pautan ini: https://secure.hilton.com/en/hhonors/optout/unsubscribe.jhtml?listid=0. Permintaan ini mengambil masa sehingga sepuluh hari bekerja untuk efektif.

Untuk memilih keluar daripada mesej teks, beritahu kaunter hadapan hotel yang anda tidak mahu menerima mesej teks dari hotel atau membalas "BERHENTI (STOP)" untuk mesej yang anda terima.

Untuk ditambah ke senarai dalaman tidak dipanggil Hilton, hantar mesej kepada customer_privacy@hilton.com.

Anda boleh mengawal sama ada aplikasi mudah alih kami menghantar pemberitahuan tolak dengan menukar tetapan pemberitahuan anda pada peranti mudah alih anda. Jika kami ada menghantar mesej dalam aplikasi anda, kami akan membolehkan kawalan baginya dalam tetapan aplikasi kami. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kuki dan pengiklanan berdasarkan minat serta belajar tentang cara untuk menguruskan teknologi ini, sila lihat Pernyataan Kuki kami.

Namun, sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda menukar komunikasi yang anda terima daripada kami seperti yang diterangkan di atas, kami tidak akan dapat mengeluarkan maklumat peribadi anda daripada pangkalan data anggota gabungan, pemegang francais atau rakan perniagaan dengan siapa kami telah mengongsikan maklumat peribadi anda (iaitu, kepada siapa kami telah memberikan maklumat peribadi anda setakat tarikh permintaan penukaran).

Pemberitahuan Khas untuk Penduduk California. Pelanggan orang perseorangan yang tinggal di California dan telah memberikan maklumat peribadi mereka kepada Portfolio Jenama Hilton Worldwide boleh meminta maklumat tentang pendedahan kategori maklumat peribadi yang tertentu oleh kami kepada pihak ketiga untuk tujuan pemasaran langsung mereka. Permintaan sedemikian mesti diserahkan kepada kami ke salah satu alamat berikut: CA_Privacy@Hilton.com or Hilton Worldwide, Inc., 7930 Jones Branch Drive, McLean, VA 22102, USA. Dalam masa tiga puluh hari selepas menerima permintaan sedemikian, kami akan memberikan senarai kategori maklumat peribadi yang didedahkan kepada pihak ketiga untuk tujuan pemasaran langsung pihak ketiga sepanjang tahun kalendar sebelumnya, berserta nama dan alamat pihak ketiga tersebut. Permintaan ini tidak boleh dibuat lebih daripada sekali bagi setiap tahun kalendar. Kami berhak untuk tidak membalas permintaan yang diserahkan ke alamat selain daripada alamat yang dinyatakan dalam perenggan ini.

Jika anda seorang pemastautin California di bawah umur 18 tahun, dan seorang pengguna berdaftar di sebarang laman yang mana dasar ini disiarkan, Perniagaan California dan Kod Profesion Seksyen 22581 membenarkan anda meminta dan mendapatkan pengeluaran kandungan atau maklumat yang anda siarkan secara umum. Untuk membuat sebarang permintaan, sila hantar e-mel dengan penerangan kandungan yang jelas atau maklumat khusus kepada CA_Privacy@Hilton.com. Sila ambil perhatian bahawa sebarang permintaan sedemikian tidak memastikan pengeluaran kandungan atau maklumat yang dimasukkan dikeluarkan sepenuhnya atau menyeluruh dan mungkin terdapat keadaan yang mana undang-undang tidak memerlukan atau membenarkan pengeluaran walaupun diminta.

Kembali ke Atas


Pengubahan Pernyataan

Kami mungkin mengubah Pernyataan ini dari semasa ke semasa. Apabila kami membuat perubahan ketara kepada Pernyataan ini kami akan menyiarkan pautan kepada Pernyataan yang disemak di halaman utama laman web kami, dan jika anda mendaftar untuk sebarang produk atau perkhidmatan, anda akan dimaklumkan melalui saluran komunikasi yang anda berikan. Anda boleh mengetahui bila Pernyataan ini terakhir dikemaskini dengan melihat pada pautan dan tarikh di bahagian atas Pernyataan. Sebarang perubahan kepada Pernyataan kami akan menjadi efektif sejurus selepas kami menyiarkan Pernyataan pindaan di laman kami. Penggunaan laman web ini, sebarang produk dan perkhidmatan kami, dan/atau memberi persetujuan kepada Pernyataan yang dikemas kini berikutan perubahan sedemikian merupakan penerimaan anda terhadap Pernyataan yang disemak semula yang berkuat kuasa.

Kembali ke Atas


Hubungi Kami

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan tentang Pernyataan ini atau bagaimana Hilton memproses maklumat peribadi anda, sila hubungi kami melalui e-mel di customer_privacy@hilton.com atau dengan menghantarkan surat ke Hilton Customer Privacy Department, 7930 Jones Branch Drive, McLean, VA 22102, USA.

Kembali ke Atas


Pindaan Pernyataan Privasi Hilton Worldwide

Seperti yang dinyatakan di atas, kami mungkin mengubah Pernyataan ini dari semasa ke semasa. Bagi membantu anda menjejak perubahan yang paling signifikan, kami akan menyertakan sejarah perubahan, di bawah, agar anda sedar akan perubahan terhadap Pernyataan kami.

Kemas Kini Terakhir: Jun 2016                     Tarikh Efektif: 1 Ogos 2016

Perubahan Jun 2016:

  • Bahasa mengenai penyertaan kami dalam program Pelabuhan Selamat A.S-KE dikeluarkan.
  • Dikemas kini untuk menjelaskan cara kami mungkin mengumpul, menggunakan, dan berkongsi maklumat berkaitan dengan bil atau kad bayaran anda dengan rakan perniagaan kami, dan cara mereka menggunakan maklumat tersebut.
  • Dikemas kini untuk menangani maklumat yang kami kumpul daripada francais dan pemilik hotel yang berpotensi.
  • Dikemas kini untuk menangani cara kami berkomunikasi antara Jenama Hilton Worldwide Portfolio mengenai maklumat anda dan cara kami berkomunikasi secara langsung dengan anda.
  • Dikemas kini untuk menggambarkan fungsi aplikasi HHonors kami dengan lebih terperinci.
  • Dikemas kini untuk memberikan butiran tambahan mengenai masa dan cara kami boleh berkongsi maklumat (termasuk alamat e-mel) dengan rakan perniagaan dan pembekal perkhidmatan untuk membolehkan kami mengenali dan memasarkan kepada anda di seluruh laman web dan aplikasi.
  • Dikemas kini untuk memasukkan maklumat lanjut mengenai cara kami berkongsi maklumat tentang pelan kadar istimewa dan bil elektronik.
  • Dikemas kini untuk mengembangkan cara kami mengumpulkan dan menggunakan "Maklumat Lain" termasuk kepentingan komersial yang disimpulkan dan maklumat tanpa nama yang lain.
  • Dikemas kini untuk menjelaskan penggunaan perkhidmatan Internet di properti adalah tertakluk pada terma dan dasar privasi penyedia Internet pihak ketiga.
  • Dikemas kini untuk memberikan maklumat tentang cara kami mengumpul, menggunakan, dan berkongsi maklumat dan lokasi maklumat di properti anda untuk berkomunikasi dengan anda sepanjang penginapan anda, menyediakan anda dengan perkhidmatan "kerja rencam" maya yang diminta dan untuk menghantar tawaran berdasarkan lokasi peranti mudah alih.
  • Dikemas kini untuk menjelaskan bahawa kami melindungi maklumat peribadi anda apabila ia dipindahkan merentasi sempadan antarabangsa.
  • Dikemas kini untuk memasukkan lebih banyak maklumat mengenai cara anda boleh mengawal komunikasi pemasaran tertentu daripada kami.

Kembali ke Atas